Sunday, January 02, 2011

Chapter 1, Chapter II, Monolog (17 September 2010)

[B][U][COLOR="Red"]BAB 1 (CHAPTER 1-MSR)[/COLOR][/U][/B]




engkau hadir di bab ini

pernah datang



dengan satu cerita

dengan satu harapan

dengan satu rasa.



aku di selami; di fahami

aku dibuai. tinggi.

lalu,engkau yang tebaik di bab ini.



tapi



engkau yang mengakhiri bab ini

engkau yang khianat bab ini



untuk apa kau datang?

mengapa kau muncul di bab ini?

engkau musnahkan cerita yang baru dengan bayang mu



AKU MAHU AKHIRI BAB INI



****************************************



[B][U][COLOR="red"]BAB 2 (CHAPTER II -SMS)[/COLOR][/U][/B]



engkau hadir. baru

sebuah cerita yang baru bagi yang lama

serupa. tapi tidak sama



tapi engkau ialah bab yang baru lebih menarik.

mungkin cerita yang terbaik

mungkin cerita yang telah diperbaiki



tapi entah mengapa aku rasakan bab ini tergantung.

mungkin kerana baru.



adakah bab ini akan terus

tergantung?

berjalan semula?

atau

tamat?



di bab 2 yang baru ini

aku mahu semua baru

aku tak mahu bab 1 di campur.

jangan ada kesinambungan dari bab 1

jangan!



di bab 2 ini aku mahu ia lancar.

mahu ia sesempurna mungkin.

tapi

serasanya bab 2 ini mungkinn lebih sebentar dari bab 1.

lebih pendek.



tapi aku tak mahu rasa KEHILANGAN lagi!



****************************************



[B][U][COLOR="red"]MONOLOG[/COLOR][/U][/B]



ikhlasnya, aku mahu disini. sentiasa.

mendalami dunia kedua aku disini.

mencari jiwa,memahami diri

kadang, aku lelah, aku penat

serasa mahu berhenti.diam.

tidak mampu aku lakukan



hati masih mahu disini

jiwa masih mahu disini

fikiran ku tidak mahu

apa pula kata nasibku, tuhan?

No comments:

Post a Comment

wut will u say