date : 18 Dec 2010
venue: sorrow room
kepada
satu satunye lelaki yang hebat untukku,
satu satunya lelaki yang megerti aku,
satu satunye lelaki yang berada di dalam hati ku
satu satunye lelaki yang terpahat namanya di jiwaku
satu satunya lelaki yang pernah menjaga aku
dialah.
lelaki yang mampu membuat ku menangis di siang dan malam ku.
abg, adek dingin. kedinginan yang sama seperti setahun yang lepas.
bezanya, di kali ini abang tiada untuk menemani adek.
abang tiada untuk memeluk jiwa adek.erat.
abang tiada untuk memujuk adek setiap kali adek kesakitan.
masihkah abang ingat? saban malam abang menemani adek.memastikan adek dapat tidur lena.
memastikan adek semakin sembuh.
ya. adek rindu saat itu. di saat abang menjadi sebahagian dari jiwa ini.
************************************************
di awal bulan december,seorang pelajar practical melapor diri di pejabat adek.
kebetulan pada masa itu adek sangat busy.
di saatnya Admin memperkenalkan pelajar itu pada adek, adek tidak menoleh langsung hinggalah di tegur oleh Director
"janganlah sombong sgt. orang tu dah cakap hai.takkan taknak menoleh"
ok. adek mengalah. lalu menoleh pada dia yang sedang senyum di belakang kerusi adek.
di saat adek terpandangkan dia, secara tiba2 adek sebak.terasa saratnya kerinduan.
reaksi muka adek lain.adek tak mampu senyum.adek hanya mampu angguk kepala dan cepat-cepat menumpukan kembali pandangan pada skrin komputer.
fikiran adek jadi tak menentu.
mata ini terasa seperi berpasir. terus adek ke belakang opis dan menghambur segala rasa ini.
pelajar practical itu seiras abang. iras secara SANGAT.
rambut, spec, ketinggian,gerak laku, cara perakapan.
kebetulan ke?
umur sama. dan dia hanya tua sebulan sahaja dari abang.
tepat dan genap sebulan.
dia akan berada di pejabat adek selama 6 minggu. bermakna 6 minggu adek harus menelan rasa ini.
perasaan adek menjadi tidak stabil. semakin rapuh.
dan adek telah berlaku kejam.
pelajar tersebut ialah junior adek sediri.sepatutnya adek mengajar dia, melatih dia.
tapi........
adek menjadi kejam dengan tidak menegur dia hingga hari ini.
sudah 4 minggu dia di sini. tiada satu ayat pun adek lontarkan pada dia.
sebab adek tak mahu menangis secara tiba2 ketika bercakap dengan dia.
adek hanya mencuri memandang ke arah dia untuk mngurangkan rasa rindu adek pada abang.
sungguh.. adek tidak mampu berhadapan dengan situasi begini.
adek terlalu rindu. terlalu sarat rindu ini.......
dan.. adek tidak mampu mencintai dan merindui orang lain sepertimana perasaan ini terlalu kuat untuk abang.
**************************************
Fahamilah semua apa yang terjadi
Saat hati tak lagi bisa berkata
Mungkin bahagiamu bukan untuk diriku
Biarkan semua ini jadi kenangan
Lupakan semua cerita cinta
Tinggalkan jiwaku yang terluka
Sampai mati kisah ini kan aku jaga
Hingga berakhir nafasku
Putih cintaku untukmu
Sampai mati dirimu akan dihatiku
Tiada mungkin untuk terganti
Walau semua telah berlalu
Atas nama cinta, kau yang aku banggakan
Inilah hidup tak perlu disesali
Biarkan semua tetaplah terjaga
Sudahkah kenangan cinta yang terindah
Lupakan semua cerita cinta
Tinggalkan jiwaku yang terluka
Tuhan, kau tahu
Cintaku telah jatuh kepadanya
Hati dan juga hidupku
Telah kuserahkan kepadanya
Tuhan, kau tahu
Kau tahu betapa
Ingin aku jalani
Sisa hidup ini
Hanya dirinya di sisiku
[URL=http://img695.imageshack.us/i/image1513.jpg/][IMG]http://img695.imageshack.us/img695/7977/image1513.jpg[/IMG][/URL]
No comments:
Post a Comment
wut will u say