[COLOR="White"]ramadhan.
bukan kah sepatutnya di bulan ini kita semua semua harus bergembira?
ya. mereka gembira.
tetapi tidak aku.
kenapalah kali ini aku tewas dengan kenangan aku sendiri.
perkara dah pun berlalu.
berjanji pada diri untuk lepaskan dia pun sudah.
tapi kenapa hati aku ini sangat degil.
kenapa aku tidak mampu mlupakan dan membenci dia?
aku tahu dia mahu aku membenci dia.
melupakan dia.
tapi kenapa kali ini aku tidak dapat patuh pada kehendak dia seperti selalunya?
atas apa yang telah dilakukannya,bukan kah sepatutnya aku membenci dia?
bukankah sepatutnya aku tidak mahu lagi memikirkan dia?
sebolehnya aku tidak mahu lagi mengingati dia.
aku tidak pernah mencuba untuk berfikir tentang dia.
tapi apa maknanya bila aku masih lagi terjaga dari tidur dan mencari dia?
apa maknanya bila disaat aku melalui jalan hidup aku,bayang-bayang aku sendiri adalah dia?
sudah.
aku sudah pun melepaskan rasa ini.
aku sudah pun berkira mahu berpijak dibumi aku.
aku sudah pun mahu berada du luar matrix aku.
aku sudah pun mencuba untuk kentalkan jiwa aku.
tapi
kenapa kali ini aku tewas, di dalam cerita aku dan kau.
mengapa aku boleh berada di luar matrix untuk keadaan lain.
mengapa cerita kau dan aku membuatkan aku berada dalam matrix?
dan, di ramadhan ini,
aku masih berasakan kesannya akibat cerita kau dan aku.
aku tidak tahu berapa ramadhan lagi harus aku lalui dalam keadaan begini.
yang paling aku tidak mengerti,
mengapa kau begitu terkesan dalam hati aku, perasaan aku, dan cerita aku.
bukan.
bukan aku tidak mahu melepaskan perasaan ni.
sudah pun aku melepaskan.
tapi ia tetap kembali kepada aku.
harus bagaimana lagi?
harus kemana lagi aku sembunyi agar perasaan aku dan kamu menjadi tenang?
aku mahu seperti mereka yang lain.
bisa melupakan kesedihan
bisa menjadi kuat
bisa tersenyum ikhlas
bisa menjadi redha dan rela atas segalanya.
wahai Penuntun Jiwa ku.
dimanakah jiwa ku kini?
kemana telah kau bawa jiwa ku ini?
ceritakanlah pada ku, apa yang telah megeruhkan hati dan jiwa ku
wahai Penuntun Jiwa ku,
kau tunjukkan lah lagi
agar raga ku bisa menyatu dengan isi hati ku
kenangan dan impian lalu memburu aku hinnga kini walau kau telah lepaskan.
aku tidak mahu kau kembali.
tapi aku mahu pergi.
tapi aku sendiri tidak tahu bagaimana harus pergi.
bagaimana melangkah.
aku mahu pergi.
aku masih terus melayang
bersandingkan langit hitam..
masih melayang dan terus melayang..[/COLOR]
No comments:
Post a Comment
wut will u say