Sunday, January 02, 2011

Tiada Disini (entry on 20 Jun 2010)

dear


[COLOR="Red"][U]you-EMESAR[/U][/COLOR]





Abang,

adek yakin abang tidak akan pernah melihatkan blog ni. adek yakin.

kerana abang telah lama tinggalkan CG..

tapi adek tidak mahu berganjak dr CG.

Ramai kawan2 adek kat sini telah menyepi. Tiada satu pun kawan2 adek yang pernah adek cerita kat abang, masih berada disini. Tiada.



Alchemist? Tiada.

Geniusnuero? Tiada.

Caya? Tiada.

Notty? Tiada.

KEY kuchi? Tiada.

Puteri 23? Tiada.



mereka semua turut meninggalkan adek sini.



Tapi adek tidak akan tinggalkan CG.

adek mahu terus bersama CGkerana disinilah sbuah kisah tentang Kirana dan Arjuna bermula. Biarlah sang Arjuna membawa dirinya hilang entah kemana. Kirana tetap berada disini menantikan kepulangan Arjuna..



memandangkan abang tidak pernah tahu tntang blog ini,tentu abang telah berfkir sesuatu.



abang akan berkata bahawa

adek telah pun melupakan abang

adek sedang ber-enjoy dgn lelaki lain

adek berYM ngan lelaki lain

adek keluar menggatal ngan lelaki lain

adek boleh survive

adek bahagia



abang akan terfikirkan perkara itu kerana adek tidak lagi mengejar abang di realiti,adek tidak sms abang, adek tidak call abang, adek tidak email abang.

abang tahukah kenapa adek tidak berbuat demikian?



adek tidak mahu menggangu abang. abg masih ingat sms terakhir abang?

kerana itu lah..



dan lagi adek tidak mahu mengganggu abang.tidak mahuy menambah beban abang untuk memikir perkara ini.

adek sayang abg, adek cintakan abang.

adek tidak mahu membebankan abang.





abang, setiap kali adek memanggil abang, adakah abang mendengarnya?

setiap kali rindu ini mencengkam, adakah abang merasakanya,

setiap kali adek mendesah pilu mencari abang, adakah abang turut dalam kepiluan?



adakah abang rasakan getarannya?



kadang2 adek tak tahan apa yang adek lalui disaat ini.

mmg adek telah mencuba menjadi kuat. sekuat seperti yang abang ingin kan.

tapi adek harus akui yang adek ini hanyalah seorang perempuan yang lembut hatinya.sering tewas dikala menghadapi ujian seperti ini.



Tiada nilaikah cinta hati adek?

Tidak cukup sucikah cinta adek?

Tidak layakkah cinbta kasih adek ini..



dimana selayaknya rasa cinta ini?



abang,seandainya abang ialah milik adek, akan adek jaga abang umpama abanglah bidadara dari syurga yang Tuhan kurniakan untuk adek.

Tidak akan adek lukakan hati abang kerana adek akan turut terluka.

Tidak akan pernah adek berpaling dari abang kerana abanglah syurga dunia adek,



akan adek pertahankan rasa cinta ini untuk abang.

akan adek lawan setiap bisikan syaitan yang ingin mencuba menghancurkan kita

akan adek pastikan kebahagiaan kita.

akan adek sayang dan cinta abang hingga mati.



abang, seandainya belati tajam di acu ke leher adek dan diugut untuk melupakan dan berhenti mencintai abang,adek rela sekiranya belati itu di tusuk terus ke leher kerana adek tidak akan pernah lupakan abang dan tidak akan pernah berhenti mencintai abang.





Mereka tidak pernah tahu bagaimana adek jatuh dan bangun dalam mengejar abang.

Mereka tidak pernah tahu bagaimana adek menjaga abang.

Mereka tidak pernah tahu bagaimana abang menjaga adek.

Tapi, mereka harus tahu yang perkara ini sangat tidak mudah untuk adek hadapi.

Tidak mudah untuk adek melepaskan abang pergi.





abang, biarlah abang tidak pernah terlihatkan blog ini.. tapi adek yakin, disuatu masa nnt, abang akan mengerti...

No comments:

Post a Comment

wut will u say