Saturday, January 01, 2011

ambillah masa, sayang (entry on 4 march 2010)

uik.. aku tak tahu kenapa aku post kat sini. bukankah aku telah menyediakan thread khas untuk dia? blerrrgghh.


biarlah. bukan dia tahu pun aku ni sapa. kui kui kui...

mcmne aku tahu? haha kat visitor list aku takde Id dia. :)) :)) so kire mmg dia tak tahu la aku ni sapa, kan. biar.

biar bayang aku tidak mengikut dia.



errrmmpphh..(ini ialah bunyi keluhan yang berat, tahu! bukan setakat mcm hembusan nafas je)



aku dah amek keputusan.

aku akan korbankan [STRIKE]ayam[/STRIKE] perasaan aku, aku akan korban kan [STRIKE]perasa[/STRIKE] perasaan aku.



aku akan let him go.

memandangkan dia senyaaap je. taknak bekerjasama ngan aku dalam menyelesaikan perkara ni, aku akan anggap dia mcm mahukan masa untuk berfikir.

ini anggapan aku je. mungkin jugak dia telah pun berfikir untuk meninggalkan aku.



takpela.... aku akan korbankan apa yang aku rasa skrg ni, aku akan korban kan usaha aku selama ini.

aku akan biarkan dia bersendirian. BUKAN sbb aku dah tak sayang dia atau dah tak care.tp aku akan biarkan dia kerana aku care and respect dia.aku akan respect dia untuk duduk diam diam.



takpela.



kalau dia dah taknak aku lagi pun, nothing i can do.

aku nak paksa dia pun takleh.aku ada je banyak cara untuk paksa dia. tapi aku taknak. aku taknak dia bersama aku kerasa terpaksa atau ugutan. tidak mahu.



aku mahu hati dia yang ikhlas.

Ya Allah. lindungi aku.



tetapi, KALAU (aku betul2 maksudkan KALAU) satu hari nnt dia contact aku balik,ya. aku akan membuka hati dan pemikiran aku luas2 untuk mendengar setiap penjelasan dia. termasuk la jika dia kata "sebenarnye i tinggalkan u sbb u tak cun."



dimasa itu aku akan lebih rasional dan lebih berfikiran terbuka. ketika itu, berilah apa pun penjelasan, aku tidak marah dan tidak akan petikaikan.

dan jika dia kembali tanpa ada rasa cinta dihatinya pun, aku redha.

walau dia kembali untuk sebagai seorang kawan pun aku masih menerima dia..



ku kan slalu tetap menunggu walau sebagai simpananmu

ku kan slalu tegar menanti walau engkau takkan kumiliki

ku kan slalu tetap menunggu walau hanya kekasih gelapmu

ku kan slalu tegar menanti hingga saat nafasku terhenti







[COLOR="White"]abang dtg balik tau! adek tunggu.[/COLOR]

No comments:

Post a Comment

wut will u say