memang diakui kita semua ada masalah. bagaimana harus kita handle masalah2 kite.itu pun masalah juga.
ok. malam tadi aku cari and aku jumpa EMESAR. ok fine. dia mcm terkejut. aku nak bercakap ngan dia. nak bincang ngan dia. aku pelik napa dia terus lari dari masalah ni dan membiarkan aku tergantung.sakit, tahu! gantung lama lama macam ni. kenapa taknak berbincang?? ~X(
bukan aku nak paksa kau amek aku balik. bukan ak u nak merayu merayan suruh kau sayang aku balik. masalah sekrg ni jiwa aku sgtlah tak tenteram bila kau taknak berbincang untuk next step.NEXT STEP.kata sepakat.
Mungkinlah pada kau, kalau kau lari, semua benda boleh settle. tp pernah tak kau berfikir secara adil dan saksama. pernah tak? maaf kata lah, aku rasa kau agak selfish disaat ini. SANGAT SELFISH.
sbb kau tak pedulik apa pun yang org lain rasa. tak payah la aku berangan kau nak peduli kan aku mcm sebelumnya. cukuplah kalau kau peduli kat aku mcm seorang manusia kepada manusia yang lainnya.
aku pelik. ngan org lain kau boleh berkompromi. tapi kenapa ngan aku, seseorang yang pernah "someone" pada kau, kau senang betol untuk rasa tidak peduli.
jujur la aku katakan, di saat ni aku mcm tak harap apa apa dah. aku cuma harapkan kata sepakat kite berdua tentang apa yang perlu.tolonglah jgn lari dari masalah lagi.kau bukan menyelesai. tapi kau menambah.
kau jgn tuduh aku menambahkan masalah kau. kau sendiri yang tak reti nak handle. ko tak reti nak settle elok2. kau terlalu fikirkan masalah tu sorang2 dan akhirnye kau mengalah pada masalah.
kau kene fikir, siapa mangsanya. mangsanya ialah DIRI kau sendiri.
dan dalam masalah kite ni, mangsanya ialah AKU.
Aku tak tahu apa yang kau rasa skrg ni.tak tahu. cubalah belajar menjadi seorang yang berterus terang.aku dah penat, tahu!
jiwa aku ni mcm dah tersekat. mcm dah tak tau nak buat apa.
kau mmg bukan seorang yang adil bila kau enggan berbincang ngan aku dan cari kata sepakat.
EMESAR,
belajarlah menjadi seseorang yang adil.
aku akan tunggu hingga kau mahu berbincang dengan aku.
selagi kita tak cakap dan dapatkan kata sepakat, selagi itulah aku tidak akan tenang. tolong aku menjadi tenang.
tolong aku.
tolong aku.
dari seorang manusia kepada manusia yang lainnya.
No comments:
Post a Comment
wut will u say